Penduduk Pulau Tioman Pulau_Tioman

Pada tahun 1987, terdapat 1564 orang penduduk. Bilangan rumah di sini ialah sebanyak 285 buah. Antara 1989 hingga 1990, penduduk Pulau Tioman ialah seramai 1500 orang. Kampung Tekek mempunyai penduduk yang paling ramai dengan bilangan penduduk sekitar 600 orang. Rumah mereka dibina di tepi-tepi pantai kerana hanya bahagian pantai sahaja merupakan kawasan datar. Rumah mereka menghadap laut dan menerima hembusan bayu dari laut.

Penduduk Pulau Tioman sangat ramah tetapi keramahan mereka lebih terasa. Apa yang dikatakan oleh kebanyakkan pelancong yang datang ke sini ialah betul. Pelancong asing dan tempatan turut merasakannya. Mereka menyapa pelancong yang lalu lalang.

Seorang pelancong Jerman menyatakan bahawa telah banyak pulau-pulau di seluruh dunia telah dikunjunginya, tetapi Pulau Tioman adalah pulau yang tercantik dan menarik.

Penduduk di Pulau Tioman jarang pergi ke tanah daratan. Ini mungkin kerana tambang agak mahal untuk selalu pergi ke Mersing. Seorang perempuan di sini menyatakan, dia hanya 3 bulan sekali pergi ke Mersing. Tambang untuk penduduk tempatan sebenarnya lebih murah.

Bahasa penduduk Tioman ialah bahasa Melayu pulau. Mereka cenderung kepada dialek Pahang lawan bahasa Darat, dialek yang dituturkan di pulau Tioman mirip dengan bahasa melayu kepulauan Riau Indonesia yang dituturkan di Pulau Natuna dan Anambas yang berhampiran. Ramai juga yang telah menguasai bahasa Inggeris kerana bahasa ini amat diperlukan oleh para pelancong asing. Menu di restoran-restoran di sini ialah dalam Bahasa Inggeris. Begitu banyak restoran dan gerai di Pulau Tioman kerana kebanyakannya dibuka pada sebelah petang dan malam.

Akibat daripada ramainya pelancong yang datang, budaya anak-anak tempatan sedikit sebanyak turut berubah. Ada pemuda yang menukar nama menjadi Michael atau Joseph. Ada 2-3 pemuda yang berkahwin dengan wanita Inggeris dan kemudian berhijrah ke Eropah. Ini menunjukkan berlaku kejutan budaya yang mendadak di Pulau Tioman.

Pelancong yang hendak datang ke sini bolehlah menginap di hotel atau di chalet. Antaranya ialah Tioman Island Resort.

Di Pulau Tioman terdapat sistem tadahan air hujan semulajadi dimana di gunakan di beberapa buah kg di sana. Kebanyakkan rumah menggunakan air bukit untuk kegunaan harian. erdapat juga beberapa batang anak sungai.